Baru tujuh bulan menjalin hubungan dengan Jung Eun Woo, pelakon jelita, Park Han Byul mengambil keputusan menoktahkan cinta mereka.

Kisah cinta pasangan ini menjadi perhatian selepas aktres itu menamatkan hubungan dengan Se7en. Han Byul dilaporkan patah hati apabila mengetahui Se7en terbabit dengan skandal ketika menjalani khidmat ketenteraan.

Ketika membintangi drama popular SBS, Good Daughter Together tahun lalu, Han Byul dikatakan semakin rapat dengan Eun Woo. Tidak lama kemudian pasangan ini mengisytiharkan mereka bercinta.

Pengakuan itu mendapat perhatian luar biasa peminat dan media. Hubungan yang terjalin itu bagaimanapun tidak mampu bertahan lama apabila masing-masing sibuk komitmen kerja. Selain itu, tumpuan berlebihan yang diberikan peminat juga membuatkan mereka tertekan dan memilih berpisah secara baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 10:50 AM