Anggota keselamatan Itali mengawal di luar ibu pejabat Jabatan Anti-Mafia (DIA) di Rome. - Foto AFP

Rome: Pihak berkuasa Itali merampas aset bernilai lebih 1.6 bilion euro (RM6.7 bilion) milik lima sekeluarga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mafia.

Menurut kenyataan Jabatan Anti-Mafia (DIA) hari ini, rampasan itu dilakukan melalui operasi khas selepas mendapat perintah mahkamah mensasarkan ahli perniagaan di kawasan Palermo yang ada kaitan dengan keluarga mafia Marineo dari suku Corleone.

Harta yang dirampas itu termasuk, perniagaan, hartanah dan akaun bank milik Carmelo Virga, 66, abangnya brothers Vincenzo, 78, dan Francesco,71, serta adik perempuan dan kakaknya, Anna, 76, dan Rosa, 68.

“Siasatan yang kompleks mendapati Virgas mendapat faedah melalui sokongan mafia dalam pembidaan tender projek infrastruktur,” kata DIA.

RaiNews melaporkan keluarga itu hanyalah pekerja ladang pada 1990-an sebelum menjadi jutawan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 6:46 PM