LOGITECH Bluetooth Multi-Device Keyboard K480
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my


Mencari papan kekunci tanpa wayar yang mudah guna dan pelbagai fungsi? Anda mungkin boleh mencuba Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard K480 yang disambung menggunakan capaian Bluetooth kepada peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Ia mempunyai ciri Easy-Switch yang memudahkan anda menukar kaedah menaip ke atas mana-mana peranti terbabit dan mempunyai slot untuk meletakkan tablet dan telefon pintar yang mudah guna ketika anda bekerja.

Aksesori ini mesra beberapa platform biasa seperti Windows, Mac atau Chrome untuk komputer serta Android atau iOS bagi mudah alih.

INFO

LOGITECH BLUETOOTH MULTI-DEVICE KEYBOARD K480

- HARGA: RM179

- SAMBUNGAN: Bluetooth

- PC: Windows 7, Windows 8, Chrome OS

- APPLE: iPad atau iPhone - iOS 5

- ANDROID: 3.2

- DIMENSI: 20 x 299 x 195mm

- BERAT: 820g

- JAMINAN BATERI: 2 tahun

- JAMINAN: 1 tahun

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 11:47 AM