Ketika Kareena Kapoor rancak memperkenalkan konsep ukuran pinggang ‘patung’ di Bollywood, aktres, Sonam Kapoor juga tidak mahu ketinggalan mengurangkan berat badan.

Sonam dilaporkan bakal memperkenalkan diet seimbang menggunakan unsur protein bagi menurunkan berat badan dengan pantas dan mudah. Diet protein itu turut diamalkan personaliti terkenal dunia seperti Kate Middleton, Gisele Bundchan dan Jennifer Lopez. Diet seumpama itu kali pertama diperkenalkan di India.

Sonam terpaksa mengamalkan rejim diet demi wataknya untuk filem terbarunya yang berjudul Ratan Dhan Payo dan Battle For Bittora.

Menurut aktres itu, dia perlu membuat persediaan rapi kerana mahu menurut jejak langkah bapanya, Anil Kapoor berlakon di Hollywood.

“Saya sudahpun meng­hadiri ujibakat untuk beberapa projek antarabangsa dan akan beritahu hasilnya nanti. Walaupun dilahirkan dalam keluarga seni, saya perlu bekerja keras untuk berjaya,” katanya yang nakal dan gemar membuli rakan lelaki ketika kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 10:44 AM