KEADAAN motosikal yang terbabas. FOTO Mohd Khidir Zakaria
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my


Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-€“Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.

Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 9:35 PM