DUA kereta yang ditimpa pokok tumbang akibat ribut petang tadi di Jalan Batu Buruk. FOTO Aswadi Alias
Oleh Isma Ismail dan Helmy Abd Rahman
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Beberapa kenderaan dan rumah rosak dalam kejadian ribut di beberapa kawasan di Terengganu yang berlaku pada 6.30 petang, hari ini.

Di bandar raya ini, pokok rhu tumbang di kawasan Jalan Kamaruddin dan Pantai Batu Buruk menyebabkan beberapa kereta rosak.

Di Dungun pula, kira-kira 20 rumah rosak teruk ditimpa pokok dalam kejadian ribut dan hujan lebat itu.

Sementara itu, jurucakap bomba mengesahkan pihaknya menerima 12 panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di bandar raya ini.

Menurutnya, tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 11:14 PM