ASAP daripada kebakaran hutan yang merebak sejak tengah hari. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ASAP daripada kebakaran hutan yang merebak sejak tengah hari. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Miri: Kawasan Kuala Baram, Miri diselubungi asap tebal sehingga membabitkan kawasan melebihi 100 hektar akibat kebakaran hutan sejak tengah hari tadi.

Kebakaran itu dikatakan merebak pada 12 tengah hari mengakibatkan kawasan sekitar berkenaan diselebungi asap tebal.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti keluasan sebenar kebakaran berkenaan akibat asap tebal.


#miri Kawasan Kuala Baram diselubungi asap tebal membabitkan kawasan lebih 100 hektar akibat kebakaran hutan di kawasan itu yang bermula 12 tengah hari tadi.VIDEO Mohd Rizal AbdullahMaklumat lanjut akan kami kongsikan nanti

Posted by Harian Metro * myMetro on Friday, 3 July 2015


Menurutnya, 35 anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng dan Miri sedang mengawal api dari terus merebak.

"Disebabkan asap yang tebal, beberapa jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan," katanya

Menurutnya, setakat tiada kemalangan yang dilaporkan, bagaimanapun, pihak bomba masih terus melakukan kerja pemadaman dan pemantauan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 5:50 PM