Manila: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh selepas feri penumpang yang membawa 73 orang terbalik ketika ombak besar di tengah Filipina, hari ini.

Setakat ini bot penyelamat sudah menyelamatkan puluhan mangsa yang berpaut pada feri yang karam itu - Kim Nirvana - kira-kira satu kilometer dari Ormoc City.

Penyelam juga melakukan gerakan mencari dalam dalam laut dan dalam feri berkenaan.

Radio di Manila melaporkan 21 orang hilang. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 4:27 PM