POKOK ganja yang dirampas. FOTO Alias Abd Rani
Oleh Alias Abd Rani

Seremban: Dua lelaki berusia 30-an ditahan selepas polis menemui lima pokok dipercayai ganja setinggi 0.11 hingga dua meter ditanam dalam pasu bunga, di Sikamat, di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, turut dirampas tiga paket berisi daun kering seberat 4.6 gram.

"Turut dirampas bekas berisi daun kering seberat 45.65 gram. Siasatan mendapati seorang daripada suspek ditahan memiliki rekod lampau," katanya.


Dua lelaki berusia 30-an ditahan selepas polis menemui lima pokok ganja setinggi antara 0.11 hingga dua meter yang ditanam dalam pasu di rumah di #Sikamat, 11.15 pagi semalam.Maklumat lanjut akan dikongsikan nanti.VIDEO Alias Abd Rani

Posted by Harian Metro * myMetro on Wednesday, 1 July 2015


Katanya, kedua-dua suspek direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek boleh dipenjara seumur hidup dan maksimun enam sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 12:49 PM