MANGSA dipercayai hilang kawalan selepa dihimpit lori. FOTO Hatim Ab Manan
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di jambatan Jalan Tanjung Minyak, Melaka Tengah, petang semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohd Syukri Hakim Sharuddin, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Alor Gajah,dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Rambai menghala ke Cheng.

Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai dihimpit lori menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh.

"Susulan itu mangsa diseret beberapa meter dan pemandu lori berkenaan terus memecut laju sejurus kejadian.

"Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 12:32 PM