MAYAT ditemui kira-kira tiga kilometer dari tempat dilaporkan hilang. FOTO ihsan JPAM Sabah
Oleh Junaidi Ladjana

Beluran: Lelaki yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemui dalam keadaan mayatnya hilang kedua-dua kaki dan tangan kanan dipercayai dibaham buaya di Sungai Paitan, dekat sini.

Mayat Ramsah Alau, 57, ditemui penduduk kampung terapung kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang, 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivananthan berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dengan kaki dan tangan kanan hilang dipercayai dibaham buaya.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pitas untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Operasi mencari turut dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pitas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 12:44 PM