DUA anak Nor Azura yang terbabit kemalangan sugul di tempat kejadian. Gambar kecil, Nor Azura.
Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Ketika umat Islam bersiap menyambut Aidilfitri, seorang suami menahan kesedihan berikutan kehilangan isteri tersayang yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Pasir Gebu, Penaga, semalam.

Lebih memilukan, Mohd Kamal Mahmud, 37, terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini bersama dua anak yang masih kecil selepas kehilangan isterinya, Nor Azura Mohammed Azhar, 30.

Nor Azura yang bekerja di sebuah stesen minyak di Butterworth meninggal dunia apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang telefon ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Bakau Tua, Penaga, jam 7.15 pagi.

Menurut Mohd Kamal, dia tidak menyangka keengganan anak bongsunya, Amir Hafizi, 4, berenggang dengan Nor Azura umpama petanda wanita berkenaan akan pergi buat selamanya.

“Kebetulan Amir mengikut ibunya ke tempat kerja manakala anak sulung kami, Amirul Hakimi yang berusia tujuh tahun menunggu di rumah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:41 AM