Pelakon Lee Yoo Bi kini kembali ke set penggambaran drama Scholar Who Walks the Night selepas cedera di pinggang kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran. Turut sama mengalami kecederaan ialah gandingannya, Lee Jun Ki.

Sejak cedera, Yoo Bi menjalani beberapa rawatan dan berehat sambil membuat perancangan untuk kembali ke set.

Jun Ki pula berupaya kembali ke set penggambaran pada 18 Jun lalu selepas mengalami kecederaan hidung dan terpaksa menjalani pembedahan.

Apabila kedua-dua pelakon mengalami kecederaan dan penggambaran terpaksa direhatkan, ia memberi kesan kepada kapasiti produksi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:06 AM