KOLEKSI Binqareem versatil untuk lelaki yang gemar bergaya.
TAMPIL berbeza dengan gabungan rona merah hitam.
POTONGAN slim fit memberikan kelainan ketika bergaya.
RINGKAS dan bergaya.
REKAAN jubah berjalur tampil menyerlah.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Jubah kini tidak lagi dilihat sebagai pakaian hanya untuk golongan berusia, sebaliknya mula menjadi pilihan orang muda termasuk remaja. Dengan rekaan lebih bergaya dan selesa, kebanyakan pereka mula menghasilkan potongan jubah yang mampu memikat hati si pemakai.

Jika dulu hanya dua warna jubah saja iaitu putih dan hitam, tetapi kini corak dan warna lebih versatil membabitkan rekaan yang kekal tradisi, tetapi digabungkan dengan unsur moden.

Bagi Pengurus Pemasaran El Qareem Millions Idea Nizam Nordin, idea pengahasilan jubah lelaki Binqareem sebagai memenuhi tuntutan agama dalam aspek perkembangan rohani dan jasmani di samping mengambil kira gaya dalam kehidupan seharian.

Bermula dengan menjalankan perniagaan borong dan kedai jahit pada November 2013, jubah Binqareem mula menemui pelanggan.

Berkonsepkan kemeja-T Polo dan kemeja-T lengan pendek bola keranjang, helaian ini kemudian diolah menjadi jubah agar kelihatan unik, moden, sederhana dan selesa dipakai terutama dalam keadaan cuaca panas di Malaysia.

Bagi menjadikan padanan lebih versatil, penyelidikan dijalankan setiap tahun secara berterusan agar koleksi jubah Binqareem yang lebih praktikal dapat dihasilkan. Ia juga mengambil kira pelbagai urusan pemakaian termasuk majlis keagamaan, kenduri, perayaan dan pakaian harian.

“Jenama ini diilhamkan daripada sosiobudaya masyarakat membabitkan keagamaan, fesyen dan gaya hidup. Keistimewaan Binqareem pada gaya yang segar dan selesa dipakai. Ia juga dihasilkan supaya bersifat praktikal, moden dan ringkas,” katanya.

Paling penting, pemilihan fabrik berkualiti, selesa dan sesuai dengan cuaca panas serta sifat lelaki yang aktif menjadikan jenama ini pilihan semua golongan usia. Gabungan warna yang menarik serta moden sengaja dihasilkan sebagai manifestasi gaya lebaran agar tampil berbeza dan sedikit glamor.

Binqareem menyediakan potongan slim fit yang menjadi pilihan anak muda kini. Kualiti dalam penghasilan jahitan yang halus dan teliti tidak perlu dipertikaikan kerana Binqareem sememangnya memenuhi kepuasan hati pelanggan.

Untuk Aidilfitri, Binqareem menyediakan 20 koleksi dengan 10 jubah premium dan 10 premier. Ia dihasilkan dengan sembilan rekaan berbeza bagi memastikan pelanggan mempunyai banyak pilihan. Harga bermula daripada RM149 sehingga RM220 dan boleh didapati di butik Binqareem di Seksyen 16 Shah Alam atau secara dalam talian Facebook binqareem, Instagram @binqareem.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 10:59 AM