Anggota polis Perancis menterbalikkan kembali sebuah kereta yang diterbalikkan pemandu teksi yang merusuh di Paris. - Foto REUTERS
Pemandu teksi berkumpul di Porte Maillot, menghalang laluan lebuh raya mengelilingi Paris. - Foto REUTERS

Paris: Ratusan pemandu teksi Perancis yang berang dengan saingan aplikasi tempahan teksi Uber, bertindak ganas dengan menghalang laluan ke lapangan terbang dan stesen kereta api di Paris, menterbalikkan kereta serta membakar tayar di jalanan, hari ini.

Laluan ke tiga terminal di Lapangan Terbang Charles de Gaulle serta stesen kereta api, dihalang oleh teksi.

Pemandu teksi Perancis, terutama di Paris berang dengan perkhidmatan Uber dikenali sebagai UberPOP yang membolehkan pelanggan menempah pengangkutan persendirian pada harga lebih rendah.

UberPOP diharamkan di Perancis mulai Januari lalu, tetapi ia tetap sukar untuk menghalang perkhidmatan itu dihentikan.

Pemandu teksi menghalang laluan lebuh raya yang mengelilingi Paris selama 30 minit, menterbalikkan tong sampah ke jalan raya sebelum polis masuk campur.

Pemandu teksi yang menunjuk perasaan itu juga membocorkan tayar sebuah ‘teksi haram’ sebelum cuba menterbalikkannya tetapi dihalang polis

Kejadian yang sama juga berlaku di kawasan lain di seluruh Perancis dengan pemandu teksi menghalang laluan ke stesen kereta api di Toulouse dan lapangan terbang di Marseille.

Uber berpangkalan di Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkongsi pengangkutan mendakwa mempunyai 400,000 pengguna UberPOP di Perancis. Pemandunya tidak perlu membayar cukai, latihan wajib 250 serta tiada perlindungan insurans seperti teksi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 6:08 PM