Saya berusia 24 tahun dengan berat badan ideal, tetapi kitaran haid saya tidak teratur. Ada kalanya ia hadir dua bulan sekali dan baru-baru ini, selepas empat bulan barulah saya didatangi haid. Ini tentunya amat membimbangkan.

Saya ingin tahu mengenai tempoh kitaran minimum dan maksimum haid seseorang. Apakah kebarangkalian perkara ini berlaku?

Adakah kitaran haid yang tidak teratur seperti yang saya alami boleh mengganggu proses untuk mendapatkan zuriat kelak?

Fifi,

Kuala Lumpur.

Kitaran haid wanita lazimnya di antara 25 hingga 35 hari.

Kitaran yang lebih panjang seperti kitaran haid anda berkemungkinan disebabkan oleh gangguan atau ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) sama ada pada kebanyakan bulan atau mungkin juga pada setiap bulan.

Ia boleh berpunca daripada beberapa perkara dan penyakit. Mempunyai berat badan ideal tidak semestinya tidak mempunyai gangguan ovulasi.

Sekiranya anda mengalami gangguan ovulasi, ia boleh mengu­rangkan peluang kehamilan anda pada bulan yang tiada ovulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:00 AM