MANGSA maut dipercayai ditembak dari jarak dekat. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Serdang: Dua lelaki maut dipercayai ditembak dari jarak dekat di tepi jalan Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, dua mangsa terbabit, A Shamnson, 25, dan A Rubban Avudayar, 25, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecedaraan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.


#serikembangan [Maklumat awal] Dua lelaki maut dipercayai ditembak dari jarak dekat di Taman Serdang Jaya, 9.45 malam tadi. Maklumat lanjut akan kami kongsikan nanti.VIDEO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Posted by Harian Metro * myMetro on Wednesday, 24 June 2015


"Semakan mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai rekod jenayah.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian terutama bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 1:04 AM