Rumah yang terbakar pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Hadzlihady
Hassanhadzlihady@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Ara, di sini, pagi tadi.

Kebakaran berlaku pada 11 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bayan Baru berkata, panggilan kecemasan diterima pada 11.24 pagi dan api dapat dikawal dalam tempoh kira-kira 20 minit.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 pagi dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

"Api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan punca kejadian serta kerugian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 2:15 PM