WARGA emas mengikuti sesi senaman pagi ketika pelancaran kempen.
TIMBALAN Ketua Pengarah (Operasi), Noormah Abd Rauf dan Dessi merasmikan kempen Lebih Yakin Dengan Polident, baru-baru ini.
KEMPEN turut menawarkan pemeriksaan gigi percuma kepada warga emas dan masyarakat setempat.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Dikurniakan gigi yang sihat dan sempurna pasti menjadi impian setiap orang. Malah, gigi yang sihat juga membolehkan seseorang tampil di khalayak ramai dengan penuh keyakinan diri.

Seperti anggota badan lain, penjagaan gigi juga perlu dititikberatkan setiap orang sejak awal kerana jika kehilangan gigi, tiada galang gantinya selain terpaksa menggunakan gigi palsu.

Di Malaysia, kehilangan gigi masalah dalam kalangan orang dewasa dan orang tua dengan 76.9 peratus daripada mereka yang berumur antara 35 hingga 44 tahun dan 23.9 peratus daripada mereka yang berumur antara 60 hingga 70 tahun mengalami masalah ini. Justeru, ini mengakibatkan jumlah pengguna gigi palsu tinggi dan peratusan itu dijangka terus meningkat.

Menurut Omnibus 2012, terdapat tiga juta pengguna gigi palsu di Malaysia. Bagaimanapun, 87 peratus daripada mereka tidak menggunakan produk penjagaan gigi palsu yang khusus untuk mengawal keadaan mereka. Ini disebabkan pengetahuan yang terhad mengenai penjagaan gigi palsu.

Penggunaan gigi palsu kadang-kadang menjadi sukar dan ramai rakyat Malaysia mengalami masalah gigi palsu menyebabkan kekangan untuk bergembira dan keyakinan dalam melaksanakan aktiviti harian seperti makan, senyum, bercakap dan bersosial.

Syarikat penjagaan kesihatan global berteraskan sains, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), baru-baru ini melancarkan kempen ‘Lebih Yakin Dengan Polident’ dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kempen yang berlangsung selama empat bulan itu bertujuan menjangkau kepada lebih 180,000 warga emas dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan mulut yang betul melalui aktiviti pendidikan dan persampelan.

Tumpuan diberi kepada pengguna gigi palsu bagi membolehkan mereka melakukan lebih banyak aktiviti, berasa lebih baik dan hidup lebih lama sejajar dengan visi GSK.

Kerjasama ini juga bertujuan meningkatkan taraf kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Pemasaran Kesihatan Oral dan Pemakanan GSK Wilayah Asia Tenggara, Dessi Lavery berkata, kerjasama dengan JKM menyediakan platform penting bagi syarikat itu untuk bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang menggunakan gigi palsu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, jadi mereka dapat menikmati detik yang indah dan makanan yang baik dengan keluarga dan rakan mereka.

“Ini kerjasama yang sesuai dan tepat pada masanya kerana JKM mempunyai komitmen sejajar dengan GSK untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui amalan pembangunan sosial yang berfaedah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli berkata, JKM mempunyai lebih 180,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berdaftar dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) mempunyai kira-kira 23,500 warga emas yang berdaftar sebagai ahli di seluruh negara.

Katanya, JKM yakin kerjasama dengan GSK akan membantu meningkatkan kesihatan mulut dan kesejahteraan masyarakat di samping menggalakkan lebih ramai individu mengawal keadaan gigi palsu sewaktu penggunaannya.

“Mereka juga boleh meluangkan sebahagian besar masa bersama keluarga dan rakan tanpa perasaan ragu-ragu,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen Lebih Yakin Dengan Polident, pasukan GSK Polident akan melawat 12 lokasi utama di Malaysia untuk mendekati warga emas dan masyarakat.

Selain itu, sesi latihan akan diadakan bagi menyediakan pendidikan mengenai penjagaan gigi palsu dan ceramah asas kesihatan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan penjagaan gigi yang betul dan manfaat produk penjagaan gigi palsu.

Pemeriksaan pergigian percuma juga akan disediakan di empat lokasi utama di utara, pantai timur, tengah dan selatan. Perkongsian itu akan menyaksikan Polident memberi sampel pembersih dan pelekatnya.

Polident, salah satu produk GSK adalah satu jenama produk penjagaan gigi palsu yang terdiri daripada pembersih dan pelekat yang direka untuk membantu menjaga gigi palsu segar, bersih dan berkesan.

Gigi palsu diperbuat daripada bahan yang 10 kali lebih lembut daripada gigi biasa. Justeru, penggunaan ubat gigi biasa untuk membersihkan gigi palsu boleh menyebabkan calar yang boleh membawa kepada pendedahan mikrobial.

Pembersih Polident mempunyai tindakan berbuih yang membersihkan dalam masa lima minit tanpa mencalarkan gigi palsu. Ia juga mempunyai sistem pembersihan anti-bakteria yang membunuh 99.9 peratus bakteria yang menyebabkan bau dan membantu menyegarkan nafas.

Sementara itu, krim pelekat gigi palsu Polident memegang dengan kedap dan selesa sehingga 12 jam, memberikan kestabilan yang lebih supaya pengguna berasa lebih yakin untuk makan pelbagai makanan dan bersosial.

Dengan penyelesaian ini rakyat Malaysia bebas untuk memakai gigi palsu, meningkatkan keselesaan dan keyakinan mereka supaya mereka lebih menghargai kehidupan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 11:19 AM