LELAKI Pakistan menyusun pisang yang sebahagian besar akan diagih-agihkan ke masjid di Karachi, Pakistan pada Ramadan.
KANAK-KANAK ini mengatur pinggan makanan sebelum iftar di Masjid Jama, New Delhi.
BARISAN kanak-kanak turut melakukan solat tarawih di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Malaysia.
PENDUDUK Iraq keluar membeli-belah di pasar Shorja di tengah Baghdad sebagai persediaan menyambut Ramadan.
Susunan Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my


Umat Islam di seluruh dunia sudah pasti gembira dengan kedatangan Ramadan. Ia adalah bulan yang dituntut perbanyakkan amal ibadat, dari Subuh hinggalah ke senja dan malamnya pula diraikan dengan solat sunat tarawih dan witir serta solat sunat lain.

Pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Iran, Malaysia, Indonesia dan di negara lain di seluruh dunia yang didiami masyarakat Islam mengisytiharkan permulaan Ramadan berdasarkan pemerhatian pada anak bulan.

Justeru, permulaan puasa bermula semalam.

Sepanjang Ramadan, orang Islam perlu menahan diri daripada makan, minum, merokok atau melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari.

Seteguk air yang diminum sudah cukup untuk membatalkan puasa iaitu satu daripada lima rukun Islam.

Menunaikan ibadat puasa dengan penuh ikhlas akan mendekatkan Muslim kepada Allah dan mengingatkan mereka penderitaan golongan kurang bernasib baik.

Beberapa negara yang bergolak seperti Syria, Iraq, Afghanistan dan Libya, Ramadan tetap disambut seperti biasa cuma keadaannya berbeza terutama perlarian yang mengharapkan bantuan makanan.

Di beberapa negara, masjid dilimpahi lampu berwarna-warni sebagai tanda menyatakan kegembiraan dengan kehadiran Ramadan al Mubarak.

Pasar dan kedai makanan menjadi tumpuan umat Islam untuk mendapatkan bekalan sebagai persiapan bersahur dan menyediakan keperluan berbuka puasa.

Seperti setiap tahun di seluruh dunia, kurma pasti menjadi hidangan wajib sebagai memenuhi tuntutan sunah dan kebaikan buah itu kepada kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 1:38 PM