Gambar profail Facebook Dylann Roof menunjukkan dia memakai jaket yang mempunyai bendera Afrika Selatan era apartheid former Rhodesia (kini Zimbabwe). Kedua-dua negara pernah melaksanakan dasar perbezaan warna kulit. - Foto Reuters

Charleston (Carolina Selatan): Selepas buruan lebih 12 jam, polis akhirnya berjaya menahan lelaki berusia 21 tahun yang menembak mati sembilan orang kulit hitam dan mencederakan beberapa lagi dalam Gereja Emanuel AME di sini pagi tadi.

Ketua Polis Charleston, Gregory Mullen mengumumkan sebentar tadi, Dylann Roof ditahan di satu sekatan jalan raya di Shelby, Carolina Utara, kira-kira empat jam perjalanan dengan kereta dari tempat kejadian.

Menurutnya, anggotanya sedang bersiap untuk ke Shelby bagi menyoal siasat lelaku itu.

Serangan di gereja itu menjadi jenayah kebencian dan perkauman terburuk dan berlaku ketiga ketegangan perkauman di Amerika Syarikat berikutan beberapa kejadian keganasan polis terhadap penduduk kulit hitam sebelum ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 12:19 AM