Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


Nusajaya: Operasi Saman Tertunggak Warga Asing yang diadakan di tiga lokasi di Johor berjaya menyelesaikan 4,201 saman dalam tempoh masa dua hari.

Pegawai Turus Trafik Cops Bukit Aman, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, operasi berkenaan diadakan mulai kelmarin hingga esok.

Beliau berkata, ia diadakan di tiga lokasi di Johor.

"Pemandu yang dikenal pasti perlu menyelesaikan saman serta merta.

"Kegagalan mereka berbuat demikian akan dikenakan tindakan termasuk kenderaan disita.

"Kami juga mengenalpasti seorang pemandu Singapura memiliki 20 saman tertunggak dan dia menyelesaikannya dalam operasi berkenaan.

"Kebanyakan saman berkenaan adalah membabitkan kesalahan tidak mematuhi had laju ditetapkan," katanya

Beliau berkata,operasi berkenaan dianggotai seramai 240 anggota polis trafik.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan diadakan secara berterusan di beberapa negeri berhampiran sempadan negara.

Beliau berkata demikian di sidang media di kawasan Rehat dan Rekreasi (R&R) Gelang Patah di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 6:39 PM