KEADAAN pacuan empat roda Chai selepas kemalangan. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Chai Tong Chai dari PKR terselamat selepas pacuan empat roda yang dipandu bertembung dengan motosikal di Kampung Sungai Nipah, Bukit Pelandok, malam tadi.

Kemalangan berlaku pada 11.30 malam ketika Chai dari Bukit Pelandok menuju ke Chuah manakala penunggang motosikal berusia 30-an ke Bukit Pelandok.

Menurut Chai, ketika itu beliau baru pulang dari menghadiri majlis di Bukit Pelandok dan sebaik tiba di tempat kejadian berdekatan selekoh tajam, sebuah motosikal tiba-tiba muncul.

"Akibat daripada itu, pacuan empat roda saya bertembung dan terbabas ke kiri jalan.

"Saya bernasib baik kerana tidak cedera tapi, penunggang motosikal parah di lutut kiri dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya.

Berikutan kejadian itu, Chai membuat laporan di Balai Polis Bukit Pelandok.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 1:45 PM