Anggota kumpulan 2PM, Taecyeon difahamkan akan berlakon untuk drama Assembly di saluran KBS 2TV, tidak lama lagi. Watak ditawarkan sebagai Kim Gyu Han yang mempunyai kelulusan ijazah pengurusan awam.

Kenyataan terbaru daripada JYP Entertainmnet, Taecyeon masih dalam proses perincian dan perbincangan sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran itu.

Assembly ialah drama mengisahkan Jin Sang Pil, lakonan Jung Jae Young, lelaki berani tapi sombong. Drama ini bertujuan menonjolkan suasana sebenar yang wujud dalam Perkhidmatan Awam Kebangsaan Korea.

Ia mengisahkan Kim Gyu Han terpaksa berdepan dengan cabaran bekerja di syarikat konglomerat tapi akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi pegawai polis.

Drama ini dijangka mendapat perhatian ramai kerana dihasilkan penulis skrip, Jung Hyun Min yang sebelum ini pernah menghasilkan drama popular Jeong Do-jeon.

Selain Jung Jae Young, aktor lain ialah Song Yoon Ah, Park Young Gyu dan Kim Seo Hyung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:03 AM