Kehadiran Ramadan sentiasa dinanti umat Islam. Bukan sahaja setiap amalan meraih pahala berganda, ketenangan hati yang diperoleh juga ternyata berbeza.

Bulan ini cukup istimewa bahkan mampu menyatukan pelbagai golongan tanpa mengira bangsa dan agama untuk saling membantu dan membuat kebajikan.

Memanfaatkan kelebihan bulan suci ini, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) menjayakan kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.

Kempen ini disokong Nad Zainal yang sudi meluangkan waktu mengunjungi Pertubuhan Nur Kasih di Jalan Kapar, Klang.

Saat Nad tiba di pekarangan rumah anak yatim itu, penghuninya melaungkan perkataan Andidot. Masing-masing teruja untuk memahat memori bersama pelakon terkenal itu.

Menurut Nad, ini pengalaman kali keduanya berkunjung ke rumah kebajikan. Kali pertama ketika menjayakan penggambaran drama.

Nad Zainal 'sporting' layan adik-adik Nur Kasih

Sepanjang berada di Pertubuhan Nur Kasih, Nad sempat membacakan buku cerita dan bermain dngan kanak-kanak di situ. Hilai tawa dan gurau senda menjadi bukti betapa mereka mengalu-alukan kehadiran Nad.

Nad juga cepat menyesuaikan diri dan melayan kanak-kanak itu dengan senyuman lebarnya. Di kesempatan itu, Nad juga sempat melihat keadaan rumah kebajikan berkenaan dan bertanyakan keperluannya.

Tidak berkelip mata kanak-kanak itu melihat Nad Zainal. Mereka gembira kerana Nad sudi melapangkan masa dan bergembira bersama. Meskipun ini bukanlah kunjungan pertama selebriti ke premis itu, memori bersama Nad cukup istimewa.

Mariam Shafie dan suaminya, Zubir Omar bertangggungjawab menguruskan Pertubuhan Nur Kasih. Rumah kebajikan ini diasaskan bapa Zubir pada 2008. Bermula dengan 12 penghuni, rumah itu kini didiami 50 kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

“Nama Pertubuhan Nur Kasih tidak begitu dikenali jadi agak sukar untuk mendapatkan sumbangan. Memang ada sumbangan daripada orang perseorangan dan badan korporat, tetapi bermusim.

“Kami terharu apabila menjadi pilihan Yeo’s untuk program ini. Ia pasti membantu meningkatkan dana sumbangan yang diperlukan bagi menguruskan rumah kebajikan ini. Terima kasih Yeo’s!,” kataMariam yang yakin program itu dapat menarik perhatian banyak pihak.

Marilah Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya

Kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya anjuran Yeo’s bertujuan membantu golongan memerlukan selain membuka peluang kepada orang ramai meraih duit raya.

Duit raya yang ditawarkan dalam kempen ini mencecah RM300,000 merangkumi hadiah utama bernilai RM30,000 manakalah pemenang kedua pula akan menrima RM15,000 dan ketiga RM10,000.

Selain itu, duit raya harian bernilai RM 3,000 dan RM300 (10 peserta) boleh dimenangi selama 42 hari berturut-turut. Kempen ini bermula pada 25 Mei hingga 5 Julai 2015. Untuk keterangan lanjut layari laman sesawang www.yeos.com.my/beramalbersamabintang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:05 AM