FOTO Afiq Hanif
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my


Subang Jaya: Sony Malaysia dua peranti, M4 Aqua dan tablet Z4 Tablet yang masing-masing dijual pada harga RM969 dan RM2,699 serta boleh dibeli serta-merta.

Turut dilancarkan, Xperia C4 yang hanya dijual pada Julai nanti namun harganya masih belum didedahkan.

Xperia M4 Aqua telefon kalis air pertama Sony tanpa memerlukan penutup USB untuk melindunginya yang dilengkapkan dengan kamera 13MP dikuasakan Sony Exmor RS dengan apertur F2.0 serta ISO 3200.

Manakala Xperia Z4 Tablet membawa rekaan luaran seperti Z3, tetapi mempunyai kerangka aluminium bulat yang dilengkapi skrin sebesar 10 inci dengan resolusi Ultra HD 2K di samping pemprosesan ultra pantas terkini merujuk kepada CPU Qualcomm Snapdragon 810.

Sementara itu, C4 lebih menumpukan kepada ciri kamera dengan pelbagai pilihan mod hebat yang ditawarkan kepada pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 5:44 PM