FOTO Hatim Ab Manan
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Seorang lelaki nyaris maut selepas Perodua Myvi yang dipandu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum tersangkut pada tiang lampu dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Taman Perkota, berhampiran Batu Hampar, 7.30 malam tadi.

Ketika kejadian pemandu lelaki berusia 30-an dipercayai dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Ayer Keroh.

Difahamkan, mangsa yang memandu seorang diri dipercayai gagal mengawal keretanya sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas

Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka, menggunakan ambulans bagi menerima rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 12:28 AM