FOTO Ariffin Salleh
Oleh Ariffin Salleh

Kluang :Seorang lelaki berusia 50-an ditemui mati lemas dalam Sungai Senda, Renggam, Kluang jam 9.30 pagi tadi.

Difahamkan, mayat Low Ah Chon dipercayai berasal Renggam itu ditemui terapung oleh beberapa penduduk kampung sebelum hubungi polis.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Mohd Saiful Md Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan dari Balai Polis Layang-layang pada 10.24 pagi tadi.

"Seramai tiga pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membawa naik mayat mangsa.

"Difahamkan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan beberapa jam sebelum mayatnya ditemui orang ramai.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 3:14 PM