FOTO ihsan Pembaca
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya bersama dua lagi rakan terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Gapam-Bemban, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Yong Jian Cheng, 20, meninggal ditempat kejadian.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Lebuh Ayer Keroh menghala ke Bemban sebelum kereta Toyota Vios yang dipandu rakannya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok.

"Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian kerana patah leher.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat, bagaimanapun dua lagi rakannya tidak mengalami kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 12:57 PM