GAYA sporty bagi wanita yang memiliki keyakinan tinggi.
GAYA sporty bagi wanita yang memiliki keyakinan tinggi.
PENAMPILAN unik dengan penambahan reben besar di depan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@mediaprima.com.my

Ia mahu menjadi sebahagian daripada budaya, namun menonjolkan nuansa pada penampilan yang sedikit berbeza daripada kebiasaan.

Itulah yang cuba diungkapkan menerusi koleksi musim luruh dan dingin 2014 oleh jenama terkemuka, Marc by Marc Jacobs yang sesuai ditampilkan untuk wanita berani.

Gaya komik Manga, penunggang motosikal, budaya Jepun dan gadis comel yang mewah menghiasi rekaan kali ini buat wanita yang memiliki keinginan tinggi untuk bergaya menarik.

Penampilan unik dan menawan bersama semangat tinggi si pemakai dipadankan dengan rekaan penuh ciri-ciri seorang wanita berani untuk membawa kelainan pada setiap rekaan.

"Personaliti tersendiri dan sikap berani dapat diterjemahkan menerusi pakaian yang digayakan walaupun ada kalanya rekaan itu sangat bertentangan dengan trend semasa.

"Fesyen sangat penting, namun sesiapa saja boleh menggayakan penampilan yang disukai dengan penuh keceriaan kerana memiliki keyakinan untuk bergaya menarik.

"Namun, muzik, seni dan budaya juga banyak mempengaruhi gaya setiap wanita seiring dengan penampilan mengikut cita rasa sendiri," kata pereka fesyen Katie Hillier.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:02 AM