Terjun seperti dijangka berjaya meraih dua emas lagi semalam namun insiden atlet acara itu melarikan diri untuk mengelak ditemuramah media sedikit mengejutkan.

Arahan itu dilakukan sendiri oleh jurulatih terjun, Yang Zhuliang walaupun anak buahnya sudah menamatkan saingan dan menjalani ujian doping di Pusat Akuatik OCBC.

Selepas menunggu lebih dua jam, Ooi Tze Liang yang memenangi emas dalam acara 3 meter papan anjal lelaki keluar dari bilik kawalan doping dan enggan ditemuramah dengan memberi alasan ia arahan Zhuliang.

Sementara itu, atlet terjun wanita, Leong Mun Yee yang meraih emas semalam dalam acara 10 meter platform seirama bersama Traisy Vivien Tukiat meninggalkan kolam renang selepas upacara penyerahan pingat.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berjaya meredakan kemarahan media dengan membawa Traisy untuk ditemuramah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:16 AM