Rumah mangsa yang terbakar. FOTO Omar Osman
Omar Osman
am@hmtero.com.my


Sungai Petani: Peniaga, Saiful Azhar Sudin,30, melecur teruk di badan selepas rumahnya di Sungai Pasir, di sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi, mangsa memecahkan cermin tingkap untuk menyelamatkan diri dalam keadaan melecur.

Pegawai Operasi Balai Bomba Tikam Batu Mohd Razmi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.23 pagi sebelum ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan lapan anggota dibantu dua jentera serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.

Katanya, sebaik tiba, api marak dan berjaya dikawal pada 8.45 pagi.

“Mangsa yang melecur di badan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 11:35 AM