SEKUMPULAN pendaki warga Korea terkandas di Taman Kinabalu berikutan gempa bumi.
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

Ranau: Hampir 200 pendaki terpaksa melupakan hasrat meneruskan pendakian di Gunung Kinabalu berikutan gegaran gempa bumi berukuran 6 skala ritcher di sini kira-kira 7.15 pagi tadi.

Tinjauan di Taman Kinabalu pagi ini mendapati keadaan sesak di kaunter pelawat dan operasi selepas pendaki-pendaki diberitahu perjalanan mereka terpaksa diberhentikan.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata, pendakian berkenaan dibatalkan atas tujuan keselamatan.

"Kita terpaksa menghentikan sebarang aktiviti pendakian Gunung Kinabalu ekoran gegaran yang berlaku 7.15 pagi tadi.

"Setakat ini, kita mengesahkan ada sekumpulan pendaki terkandas di Laban Rata dan usaha membantu mengeluarkan mereka giat dijalankan termasuk menggunakan bantuan helikopter," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 11:28 AM