MANGSA melecur tangan, kaki dan leher serta rambutnya hangus selepas tong gas yang disimpan dalam bilik tidurnya meletup. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my


Kluang: Lelaki warga Nepal melecur hampir 20 peratus selepas tong gas yang diletakkan di dalam bilik tidur di Taman Sri Kluang, Kluang dekat sini, meletup ketika sedang nyenyak tidur, tengah hari tadi.

Kejadian pada 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Suresh Baram, 27, dikejarkan ke Hospital Emchee Besar Hajjah Kalthom untuk rawatan kecemasan.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian membabitkan mangsa pada 12.21 tengah hari.

"Seramai tujuh pegawai dan anggota dan ambulan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa yang juga warga Nepal terbaring di halaman rumah jirannya," katanya.

Sementara itu, pihak hospital mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan berkata, keadannya stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 4:57 PM