Sharp-Roxy Sales & Services Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) memperbaharui kerjasama dalam acara sukan golf berprestij menerusi CIMB Classic sebagai Pembekal Audio Visual Rasmi bagi tahun kedua-dua berturut-turut dengan ia membekalkan siri panel dan televisyen LCD untuk kegunaan acara itu yang dijangka menarik lebih 40,000 penonton.

Pengarah Urusannya, H Nuizato berkata, syarikat mengalu-alukan kerjasama kali kedua selepas kejayaan kerjasama pertama bagi tajaan golf profesional itu dan berbangga pendedahan meluas diperoleh jenama Sharp melalui acara terbabit.

Syarikat itu merancang pelbagai aktiviti termasuk tawaran promosi ‘Bigger Deal’, Car Ion Generator edisi terhad pada harga RM399 dan lelongan 20 unit televisyen 46 inci dengan jualan untuk Persatuan Orang Kelainan Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:10 AM