MANGSA maut dilanggar lori. FOTO ihsan pembaca
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Tukang paip warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya hancur akibat dilanggar lori di Kilometer 34 Lebuhraya Pasir Gudang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Hulul Azmi, 41, dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, mangsa yang menunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian sebelum terjatuh di lorong kiri jalan.

"Mangsa kemudiannya dilanggar pula oleh lori yang sedang bergerak di laluan yang sama.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 6:09 PM