CERMIN ruang pameran kedai emas yang dipecahkan. - Foto ihsan pembaca

Oleh Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my

Prai: Dua perompak menukar fikiran untuk merompak sebuah kedai emas di Taman Chai Leng, di sini, walaupun sudah memecahkan cermin rak pameran tetapi melarikan diri tanpa mengambil barang kemas di situ, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua penjenayah warga tempatan menaiki motosikal menyerbu masuk ke dalam kedai emas berkenaan sebelum memecahkan cermin ruang pameran.

Difahamkan, suspek membalut tangan mereka menggunakan kain sebelum menumbuk cermin ruang pameran tetapi membatalkan niat mereka selepas tiba-tiba melarikan diri tanpa mengambil sebarang barang kemas.

Polis yang menerima maklumat berkenaan kini sedang memburu kedua-dua mereka yang melarikan diri menaiki motosikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 2:55 PM