FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Seorang pemandu van maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 194.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar Tol Ayer Keroh di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, pemandu van berkenaan M Arunasalam, 53, dipercayai tiba-tiba membuat pusingan U sebelum bertembung dengan lori yang juga datang dari arah sama.

Sumber polis berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian selepas parah di kepala.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

"Manakala, pemandu lori hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 3:12 PM