YEE

Singapura: Pendakwa raya mendesak seorang remaja Singapura dihantar ke pusat pemulihan akhlak selepas dia memuat naik semula video menghina pengasas negara itu, mendiang Lee Kuan Yew.

Amos Yee, 16, dibebaskan dengan ikat jamin selepas disabitkan dengan tuduhan jenayah kerana memuat naik video yang menghina mendiang di Internet.

Remaja itu dijangka terlepas hukuman penjara selepas bersetuju memadam video berkenaan di laman perkongsian video, YouTube.

Pendakwa raya pada mulanya mencadangkan Yee diletakkan di bawah pengawasan, tetapi dalam satu perbicaraan tertutup semalam mereka mendesak remaja itu dikenakan tindakan tegas.

“Sikap tertuduh tidak berubah dan dia memuat naik video berkenaan selepas disabitkan dengan kesalahan sama pada 12 Mei lalu.

“Ini menunjukkan remaja itu perlu dihantar ke pusat pemulihan dan menjalani sesi kaunseling,” Pejabat Pendakwa Raya dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya memohon mahkamah menghantar remaja itu ke satu program pemulihan khas dan ditempatkan bersama pesalah juvana lain termasuk yang terbabit dalam aktiviti samseng.

Menurut pendakwa raya, pesalah juvana yang dihantar ke program itu ditahan selama 18 bulan.

Kuan Yew juga bekas Presiden Singapura selama 31 tahun meninggal dunia pada 23 Mac lalupada berusia 91 tahun. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 7:03 AM