Masmina Milovanov

SYDNEY: Seorang wanita di sini, meninggalkan dua anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria.

Menurut laporan Sydney’s Daily Telegraph hari ini, Masmina Milovanov, 26, yang memeluk Islam, meninggalkan dua anaknya kepada remaja yang diupah menjaga mereka awal bulan ini, sebelum meninggalkan Australia untuk ke Syria.

Menteri Pencegahan Pengganas Australia, Michael Keenan, berkata mereka yang terbabit dalam konflik di Asia Barat akan menghadapi hukuman sekembalinya ke negara itu.

Pihak berkuasa percaya Zehra Duman iaitu isteri rakyat Australia, Mahmoud Abdullatif, yang mati ketika berperang untuk IS, mempengaruhi Milovanov melalui media sosial untuk menyertai IS. - Agensi

pic: www.thetimes.co.u

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 3:49 PM