Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Empat lelaki warga Pakistan yang aktif menyamun rakan senegaranya dan India dengan menyamar sebagai anggota polis ditahan pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam dua serbuan berasingan di kawasan Petaling Jaya dan Jalan Tun Tan Cheng Lock pada 20 dan 21 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainor Samah, berkata empat suspek itu yang masing-masing daripada kumpulan berlainan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menyamar dengan kad warna putih dan merah jambu yang didakwa sebagai kad kuasa polis.

"Kumpulan suspek juga akan menyewa kenderaan sebelum menyamun mangsa yang datang bersendirian atau berkeluarga.

"Sasaran mereka adalah rakyat negara itu sendiri dan dari India berikutan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris," katanya.

Katanya, semua suspek ditahan reman hingga 4 Jun depan untuk siasatan lanjut dan mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 3:44 PM