Sydney: Australia merancang membawa pulang askarnya yang terbunuh dalam Perang Vietnam dan dikebumikan di Malaysia serta Singapura.

Perdana Menteri Tony Abbot berkata semalam, mayat itu akan dibawa pulang dan diberi penghormatan tentera sepenuhnya sekiranya keluarga mereka bersetuju.

Dua puluh empat askar negara itu yang terbunuh dalam konflik berkenaan di kebumikan di Kem Terendak, Melaka sementara seorang lagi di Pusara Peringatan Kranji, Singapura.

“Kami tidak dapat menghidupkan semula anggota kami yang mati tetapi kami pasti dapat mengurangkan penderitaan dan memberi sokongan kepada keluarga yang mereka tinggalkan,” kata Abbot kepada Parlimen.

Tentera Australia yang terbunuh dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua serta Perang Korea dikebumikan di tempat mereka terbunuh.

Ketika Perang Vietnam, dasar itu dipinda.

Seramai 521 daripada 60,000 tentera Australia dikerah berperang bersama tentera Amerika Syarikat di Vietnam. Semua yang terbunuh itu kecuali 25 yang dikebumikan di Malaysia dan Singapura dibawa pulang. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 7:28 AM