Annegret (duduk dua dari kiri) bersama sebahagian anak dan cucunya.

Berlin: Seorang nenek berusia 65 tahun yang juga ibu kepada 13 anak selamat melahirkan bayi kembar empat, lapor stesen televisyen RTL awal pagi semalam.

Kelahiran bayi kembar empat itu menjadikan Annegret Raunigk ibu kepada 17 anak dan tujuh cucu.

Menurut RTL, Annegret melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang perempuan.

“Bayi kembar itu dilahirkan tidak cukup bulan, tetapi mempunyai peluang cerah untuk hidup,” katanya.

Annegret yang menetap di Berlin adalah guru bahasa Inggeris dan Russia serta akan bersara tidak lama lagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 5:28 AM