Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprimamcom.my


Alor Gajah: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku Masjid Tanah, di sini, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam tadi.

Mangsa Abdul Rahim Azam, 18, meninggal di tempat kejadian manakala rakannya Mohammad Hafizal Mohd Rapi, 19, yang menunggang motosikalmengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Sungai Udang menghala ke Masjid Tanah.

"Sebaik tiba dilokasi kejadian motosikal yang ditunggang Mohammad Hafizal dipercayai gagal dikawal sebelum melanggar tiang telefon di bahu jalan.

"Mangsa yang juga pembonceng motosikal itu bagaimanapun meninggal di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 3:39 PM