TAJUDIN (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur, semalam.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Sekumpulan lima ahli sindiket pakar ‘memasak’ dadah dikesan mempunyai buku resipi khas yang digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan dadah jenis syabu, heroin dan ketamin.

Sindiket membabitkan empat lelaki dan seorang wanita itu dikesan turut mengubah suai rumah teres di Taman Tun Dr Ismail di sini, yang dijadikan makmal memasak dadah.

Kegiatan jenayah dipercayai beroperasi sejak awal tahun lalu itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyerbu kediaman itu jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, lima suspek berusia 20 hingga 50 tahun diberkas dalam serbuan itu sebelum polis merampas dadah bernilai RM200,000.

Menurutnya, pihak polis menemui tiga jenis dadah iaitu heroin, ketamin dan syabu bersama serbuk dadah di dua bilik dan dapur rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 7:50 AM