ROKET tanpa juruterbang milik Orbital Sciences meletup sejurus selepas dilancarkan di Wallops Island, Virginia, semalam.

Atlantic, Virginia: Sebuah roket tanpa manusia yang sepatutnya menuju Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup enam saat selepas dilancarkan semalam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan pertama misi komersial Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu.

Insiden itu dijangka mencetuskan kritikan terhadap dasar NASA yang semakin banyak bergantung kepada syarikat swasta AS ketika ini.

NASA membayar berbilion dolar kepada syarikat Orbital Sciences dan SpaceX untuk membuang penghantaran ke ISS itu.

Semalam adalah penerbangan keempat dikendalikan Orbital Sciences ke ISS.

Roket Antares itu meletup berhampiran kompleks pelancaran di Wallops Island.

Jurucakap Orbital Sciences berkata, tiada kemalangan dilaporkan dan kerugian terhad kepada kemudahan yang berkenaan saja.

“Bekalan yang dibawa dan musnah itu bukanlah keperluan mendesak untuk enam orang yang berada di ISS ketika ini,” katanya.

Naib Presiden Orbital Sciences, Frank Culbertson berkata, berlaku masalah 10 hingga 12 saat sebelum Antares dilepaskan.

“Segala-galanya musnah dalam 20 saat,” katanya.

Kata Culbertson, dia percaya kakitangan pengendali roket itu menghantar isyarat pemusnahan sendiri sebelum ia terhempas ke tanah.-AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:20 AM