Makkah: Upacara membasuh Kaabah akan dilakukan sekali sahaja setahun iaitu pada hari pertama bulan Muharram.

Menurut Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, pihaknya menerima arahan itu daripada Raja Salman.

Sebelum ini, upacara membasuh Kaabah dilakukan dua kali setahun iaitu pada hari pertama Muharram dan pada 1 Syaaban.

Penjaga Kaabah, Saleh Al-Shaibi berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai selepas beberapa jemaah cedera ketika berebut-rebut untuk menyaksikan upacara berkenaan tahun lalu.

Sehubungan itu, upacara membasuh Kaabah yang sepatutnya dilakukan pada 1 Syaaban Selasa lalu, dibatalkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 9:44 AM