MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
Oleh Nor Shafinaz Sari

Alor Gajah: Pelajar Kolej Vokasional Dato Mohd Zin, di sini, maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Machap Umboo, 2.10 petang tadi.

Difahamkan, mangsa Muhammad Zakwan Zuri, 16, meninggal di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggang sendirian terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan.

Menurut sumber, mangsa yang dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Machap, cuba memotong lori dari arah sama ketika berada di selekoh, sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Yusof berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 5:35 PM