Seri Kembangan: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan pakej lengkap produk pelincir keperluan rangkaian enjin kenderaan komersial bagi membantu perniagaan mengurangkan kos operasinya.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, pihaknya menawarkan tiga produk membabitkan Shell Rimula untuk pelincir enjin diesel, bendalir gandar dan transmisi menggunakan jenama Shell Spirax serta gris iaitu Shell Gadus.

“Apabila menggunakan produk lengkap minyak Shell ini, ia mampu menghasilkan nilai lebih tinggi dengan mengurangkan kos operasi dan melanjutkan tempoh masa servis.

“Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan produk lengkap berkenaan memberi manfaat yang lebih besar,” katanya selepas melancarkan produk itu di Ekspo Trak, Bas dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 di sini, semalam.

Beliau berkata, produk itu juga memenuhi keperluan pelanggan untuk membantu mereka menghasilkan nilai perniagaan yang terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 6:58 AM