Riyadh: Arab Saudi semalam memenggal seorang rakyat Pakistan, menjadikan jumlah mereka yang menjalani hukuman itu kepada 84 orang tahun ini.

Iftikhar Ahmed Mohammed Anayat didapati bersalah atas tuduhan cuba menyeludup dadah yang disembunyikan dalam perutnya, menurut kenyataan agensi berita rasmi Saudi.

Dia dipancung di Jeddah.

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International tahun lalu meletakkan Arab Saudi antara negara ketiga paling banyak melaksanakan hukuman mati.

Penyeludup dadah, perogol, pembunuh, murtad dan perompak bersenjata dihukum mati di negara itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:06 AM